Ahad, 18 Ogos 2013

RAYA OH RAYA

11 Syawal..... Sekejap je kan masa berlalu. Bermakna usia kita pun dah makin meningkat. Tarikh kematian pun semakin hampir. Tapi amal ibadah belum cukup lagi.... (muhasabah diri sekejap)

Ok la... pergi ke cerita raya. tahun ni raya sakan. mentang-mentanglah sebulan puasa terperap kat rumah berpantang maka raya ni digunakan untuk merayau sepenuh hati. percutian start 3 ogos. 3 ogos gerak balik ke Felda Tembangau rumah parent. syok nye dapat buke uasa dgn keluarga wpn i tak berpuasa... tapi cuba berpuasa pada 5 ogos.. mak aih... penat sangat sampai tak larat nak buat apa. maybe sbb tenaga masih kurang + breastfeeding my double M tu 2 2 pulak tu. tapi alhamdulillah berjaya habiskan. 6 ogos gerak ke Felda Sg Koyan. konvoi 3 kereta. kereta my parent, me 1 family & my adik n adik ipar.  7 ogos gotong-royong la.. rewang2 raya.. masa buka puasa atok beli satay... muntah satay kami semua... 8 ogos sesi bersalaman di pagi raya. ramainye tak terkata la.. 7 orang adik beradik ibu yg balik. penuh rumah. 9 ogos dah gerak ke Dungun rumah family-in-law. 10 ogos pulak gerak ke Kuala Terengganu beraya disana. habis sesi beraya di terengganu 11 ogos bergerak ke Kuantan. niat di hati nak buat surprise kat my husband regarding his birthday on 12 ogos. apa kan daya saya tertidur. kesian kat my aunty yg berkejaran ke Giant cari kek. last2 simpan kek dalam peti ais. 12 ogos tu baru i keluarkan kek surprise kan dia... terkejut jugak la dia dapat kek tu... HAPPY BIRTHDAY SAYANG...12 ogos baru kami gerak ke Pasir Gudang.

panjang2 cerita ni mana gambar? hehehe... gambar dalam kamera lagi la... next entry la i post ye...(macam la ada yg baca blog ni... perasan tak sudah la...)


Love,
Hanim Amin

Rabu, 31 Julai 2013

JOM TABUR DUIT.

Tak beragak tajuk kan? Ini kisah beberapa hari lepas. Suami ajak pergi beli baju raya anak2.. dan baju raya isterinye sekali...:) Berpantang tak habis lagi dah pergi shoping. Dahsyat tak? Tidak la dahsyat mana kan? Bak kata rakan fb '44 days is just a number' tapi saya jaga langkah saya jugak. Takut jugak apa2 terjadi. Keluar bukan sebarang keluar tau. Stokin tebal, bengkung tak tanggal dan baju tebal. Alhamdulillah tak ada apa2 berlaku. Dapat jugak la shoping 2 hari. Banyak beli baju anak2 je... Tak sempat pun nak beli baju n seluar jeans baru suami. Nasib baik dapat grab baju Peplum untuk raya ni sama tema ngn husband n anak2.. Tudung??? Beli online je la... senang.. Baju nak beli online takut tak muat so kena pergi fix la... baru puas hati.. Ohhhh..... duit dah bertaburan di kedai2 pakaian & shoping2 complex.... wehuuuu.... Besederhanalah wahai Farhanim....:)


Abang jaga adik time ibu & ayah pilih baju...:)


Antara baju yg dapat di sambar.


Ini rezeki yang bakal dikongsi bersama. Tak banyak pun isi dalam. Yang penting kegembiraan.


Love,
Hanim Amin



Jumaat, 26 Julai 2013

RAHMAT

Alhamdulillah hujan di hari Jumaat. 2 3 hari ni panas cuaca di Pasir Gudang anak pun tak selesa. Asyik nak ddk dalam bilik je sbb ada aircond. Aircond pun bekerja 24jam... Melambung la bil api bulan ni... Sabooo je la... Hari ni husband off so apa lagi arahkan encik suami pergi servis kereta la hari ni. I tak sabar nak balik kampung beraya minggu depan... woweee... bestnye.. Lagipun 10 hari lagi dh habis berpantang. Ngam2 soiiii... Pandai i budget bersain kan??? Hehehe... itu pun sebenarnya rahmat Tuhan jugak... Tapi kena la ganti puasa sebulan... Itu pun rahmat jugak kan??? 


Love,
Hanim Amin

Ahad, 21 Julai 2013

TIDUR ANAKKU TIDUR

Nampak no ibu dia nak ngadak blo n FB sebab tu suruh anak tidur kan???? Ehhh... jangan salah faham ye.. Ni kisah nak tidur malam. Setiap malam at least kena ambik 1 jam untuk pasikan kedua-dua hero saya tidur. Penat jugak kan? Mujur lah walaupun masih dalam pantang tapi badan saya dah kuat. Mungkin sebab jenis orang tak reti ddk diam kot. Jadi rasa macam dah sihat la. Semua benda nak buat. Sampai mak mertua pun dok tegur. Jalan laju sangat. Macam bukan orang lepas bersalin... hehehe... sori la MIL saya mmg cmni jalan laju. tak reti jalan slow2... Jalan slow pn time mengandung dah 9 bulan. Sebabb perut dah berat.

Oh ye berbalik pada nak tidur kan anak tadi. Susah jugak kan bila anak dah lebih dari 1. Dulu masa anak sorg je senang nak urus. Sebab dia sorg dok belek dia je. Ni dah 2 kena la adil. Tu pun kadang2 si abang kena marah, and naik tangan juga la tgk perangai dia. So... start tonite kena ubah strategi tidur. Pukul 9 dah kena masuk bilik sbb nak pastikan 2 2 tidur kurang2 pukul 10 baru tidur. Kanak-kanak tak elok tidur lambat. Kalau pukul 11 baru nak masuk bilik jawabnya pukul 12 or 1 pagi baru lelap 2 2... Bila 2 2 dah tidur baru ibu boleh tidur.. Macam sekarang ni. Ibu nak tidur... Bye... Till then.




Love,
Hanim Amin

Sabtu, 20 Julai 2013

SUSU OH SUSU

Ohh... susahnya nak wean off si abang ni. Memang la belum masa dia nak wean off lagi... tapi mcm terpaksa wean off dia sbb badan dah rasa tak larat nak menyusukan 2 2 sekali. Kesian si adik asyik mengalah je. Nak bagi 2 2 minum susu formula macam tak adil je buat si adik. Ermmm... perlu pertimbangan yang sewajarnya. Banyak baca pasal nak wean off / menyapih susu ni. Ada yg cadangkan letak minyak angin la, kopi la, asam jawa la, macam-macam la... Tp tak menjadi. Si abang ni pandai. Dia ambik kain tolong lap kan. Lepas tu suruh ibu pergi bilik air cuci. Hai la Mukhriz... Tapi ibu kena cuba juga supaya adik dapat menyusu dan ibu dapat buat stok susu. Or else adik kena la minum susu formula... kesian adikk....

* ok then... kena fikir masak2 ni.... daaa...

Love,
Hanim Amin

Jumaat, 19 Julai 2013

Tersebut Al-Kisah

~ My Sweet Double M ~ is created inspired by my two little heroes Muhammad Mukhriz Bin Mohd Khairull Nizam & Muhammad Muhaimin Bin Mohd Khairull Nizam. I already have my blog before but me myself is sooooo lazy to update my blog untl i forgot my blog password and end up with said bye bye to my blog. I hope My Sweet Double M will not be like my other blog coz i'm sure i will never forgot my password. Let me introduce my double M...

My 1st Double M:
Muhammad Mukhriz





My 2nd Double M:
Muhammad Muhaimin


Ohhh... My sweet double M


~ END ~

Love:
Hanim Amin